Aug 18, 2009

such a long day

Beberapa hari lepas adalah hari yang sangat panjang untuk aku. Pernah disebut sebelum ini yang aku punyai banyak tanggungjawab lain yang terpaksa diselesaikan di hari interview aku. Aku berharap membawa pulang jawapan positif namun tidak semua yang kita inginkan dapat kita kecapi bukan? Aku kecewa? 'ya' tapi aku dah cukup bersedia aku tahu kemampuanku.

hanya 7 orang yang dipanggil interview dan aku cukup yakin di antara mereka cuma aku seorang yang masih belajar. yang lain dah grad da. kan baik kalau aku berkongsi nasib seperti mereka. pihak interviewer menjemput aku untuk di temuduga tapi pada hari temuduga ake terima penolakan kerana masih belum abis belajar. Make sense? I don’t think so. Sampai sekarang aku cuba mencari jawapan mengapa aku di panggil sedangkan dah tertulis di resume yang aku masih punyai beberapa bulan lagi untuk habis belajar. OCTOBER 2009. aku tak salah bila meneliti balik resume yang mereka juga terima itu. Dua nama pensyarah yang ada di reference list aku turut ingin tahu. Sejurus selepas interview aku text salah seorang dari mereka dan terjumpa seorang lagi di taman (kami tinggal di taman yang sama). tapi tak ape lah dan aku masih terus berbisik pada diri ‘kalau dah rezeki tak ke mana’.

Aku sedar bukan semua mimpi akan jadi kenyataan. Kenyataannya kita adalah mimpi itu. Cuma aku yang mampu mengubah keadaannya. Setelah aku berusaha dan berdoa aku yakin untuk serahkan segalanya pada takdir. Bukan semua mimpi boleh di kecapi. Ada sesetengah yang terpaksa aku lepaskan. Terpaksa di biarkan pergi kerana mungkin itu yang terbaik. Tapi tak bermakna aku akan berhenti bermimpi lagi. Setiap hari setiap saat aku selalu impikan segalanya. Segala-galanya. Dengan cara aku sendiri. Aku pasti sesetengah mimpi adalah untuk digapai. Dan aku yakin di antara berjuta mimpi yang aku bayangkan pasti akan aku kecapi yang akan berubah menjadi kehendak dan kemahuan sebelum ia menjadi nyata.

Aku tahu erti kecewa dalam koteks aku sendiri. Perspective aku sendiri. Namun kecewa tak pernah mematahkan semangat aku untuk berjuang juga dengan cara aku sendiri. Mungkin sungguh berbeza dari orang lain tapi cukup untuk aku sedar yang aku perlu kuat dan tabah mengharungi segalanya kalau bukan untuk keluarga atau orang lain tapi untuk diri aku sendiri. Kalau bukan aku yang berjuang untuk diri sendiri siapa lagi?


Reality? There is no reality. This is reality. The reality is you and you are the reality

-Patrick McCabe, ‘Call Me the Breeze’


p/s: aku sepatutnya upload gambar baju yang aku beli untuk interview tapi tiba-tiba takde mood. haih~ abaikan

No comments: