Aug 12, 2009

virus


pelbagai penyakit dah melanda negara. malah bukan sahaja menyerang negara tapi seluruh pelusuk dunia, segenap masyarakat dah pun tercemar dengan virus ni cuma kuat tak kuat je antibodi menahan wabak tu.

aku dan mama terlibat- terlibat maksud aku sebab kitaorang demam. demam aku biasanya baik dalam 2 hari tapi kali ni dekat nak seminggu. lepas tu bila demam dah kebah, saket kepala masih bersisa.kusut masai sungguh.

sudah la dengan pelbagai masalah yang meraja sejak dua menjak ni, lagi la buatkan kepala aku ni berserabut menunggu pecah. cerita punya cerita, aku dah beberapa kali terpaksa cancel dating. ada je benda yang berlaku. belajar kereta la, meeting amanah ikhtiar la, naik fed-up dah. ditambah lagi, aku mula bergaduh, bertelagah, bertengkar dengan pelbagai jenis orang. ada je masalahnya, kata orang 'lepas satu, satu datang'. benak juga kepala. tapi kan, perlu kah bertelagah?

rusuhan baru-baru ini, sedikit memberi kesan kepada aku sebab benda ni juga aku bergaduh dengan orang lain. bukan la bergaduh tapi berselisih paham- ini term yang lebih sedap untuk aku guna. aku bukan tak setuju dengan ISA dan sebagainya aku cuma tak bersetuju bila orang lain yang tak terlibat pun terkena tempiasnya. bukan mempersoalkan keadilan atau samada pihak ini salah dan pihak itu betul. tidak sama sekali. aku simpati pada mereka yang terpaksa menaggung susah. aku meletakkan diri aku ditempat mereka. cukup la setakat ini.

minggu ni lagi satu hal rasa macam takut nak menjelang minggu ni. exam aku pada isnin, dah pun aku gagahi. selasa ada pengurus nak interview pusat aku untuk amanah ikhtiar. kepala aku belum cukup serabut lagi, tiba pula hari yang paling getir di mana akan berlakunya 'interview session' untuk pertama kalinya dalam kamus hidup aku di mmu khamis ini jam 4 ptg. paling teruk bila dapat tahu aku kena 'bentang'- istilah amanah ikhtiar, pada hari yang sama pukul 2. aku dah semakin tension. cuba untuk bertenang dengan membuat air yassin untuk diri sendiri. tak lupa juga aku ada effort untuk berjumpa madam zaharah dimana atas hasil usaha sama bersama dia jua lah rasanya aku dapat interview ni. dan paling menyeronokkan lagi adalah appointment dengan madam cuma boleh berlaku pada hari khamis jam 10.30 pagi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. dan tak lupa juga aku telah pun memohon transcript aku isnin lalu dan tarikh collectnya pula pada hari khamis juga.

bayangkan la betapa getir nya hari khamis ini. tuhan je yang tahu dan dapat membantu. yang boleh aku buat sekarang, ya! berserah and take it easy. kalau dah rezeki tak kemana. parents aku yang beriya sangat nak aku kerja ni. eh, tapi aku pun sama juga. semua ini pertama kali buat aku. aku tak berani nak menaruh harapan yang tinggi, cukup sekadar mengambil ia sebagai satu pengalaman berharga dalam hidup aku. yang pertama kan selalunya yang paling sukar dilupakan.




2 comments:

azri othman said...

hey win! take a deep breath! im sure u can handle all those problems n such very well! good luck! :P

azwin khairuddin said...

thank you.