Oct 25, 2007

adakah pengakhiran?

aku disini sedia menanti

menanti dgn penuh kesabaran

menunggu hadir sinar mentari

agar tersuluh segenap kegelapan



redha aku apa terjadi

namun harapan tinggi melangit

doaku agar ceria lah hari

dapat ditempuh tiadalah perit



sedarkan diri celik lah mata

bahawa hati kian terseksa

jangan ditanggung penuh derita

kelak hiba yang akan terasa



jauh kini perjalanan terasa

berbatu sudah dilalui bersama

berlalu juga detik dan masa

terimbas pula kenangan lama



penat menanti jawapan tak pasti

lelah pula kian menguasai

puas sudah jawapan kunanti

mengapa pula sunyi yang dirasai


- azwinKHAIRUDDIN7 -

No comments: