May 11, 2008

mother's day

it's 11th of may! sebaik aku turun tangga petang tadi dek kerana perut yang kelaparan, adik aku bagitau yang hari ini hari ibu. aku pun bukan nya ambik port sangat. for me, everyday is mother's day (haha.poyo!). "happy mother's day to my mama: Jalila Binti Jamil"


















well last time mase keluar pergi jusco dengan adik dan mama, nampak banyak la kad n hadiah2 untuk mother's day. so, agak tau la memang may musim mother's day. abah tak berapa berminat. untuk dia semua tu macam terikut sangat budaya barat. kita orang melayu ada adat sendiri lah macam tu untuk dia. daripada nak terikut-ikut trend sekarang terutama dari barat. entah la ek? memang mother's day ni datangnya dari pengaruh barat ke? aduh! banyak lagi yang perlu aku isi dalam kepala otak ni. bak kate certain friends kena isi hard disk (d) aku ni lagi dengan benda-benda yang lebih berfaedah selain gambar, music, dan mungkin pelajaran aku yang sudah sememangnya mampu mebenakkan kepala aku yang sedia kecik dan mudah kusut ini.

masa berjalan di jusco aritu, ada la aku terpandang kad besar untuk mother's day. tapi tak de la sebesar gajah ;p. cepat-cepat aku tunjuk pada adik aku sebelum mama nampak. ingat nak belikan dia la untuk hari istimewa ni. tapi yang kelakarnya aku cuma ada rm5 di tangan. tak tau la adik aku ade berape sebab masa aku bagitau dia aku ada rm5 je, dia cuma senyum sinis. kad tu mungkin cecah rm20++. mana lah kitaorang ni mampu.

so, wish je la mama bila dia balek kedai tadi. sekurang-kurangnya ingat n hargai dia. mama memang disayangi anak-anak dia. abah pun sayang dia sangat. she's really lovable dan comel. tak hairan la kalau dia juga cepat dapat kawan. mama seorang yang tabah dan aku sangat kagum dengan dia. apa pun terjadi, dia tetap setia dan comitted dengan family dia. macam-macam kitaorang lalui dan aku sedar betapa beruntungnya abah memperisterikan mama. dia sentiasa terima abah seadaanya, support him when he really needed it, loyal and be the great mother ever. even with anak-anak dia pun dia sentiasa yang terbaik.

aku tau, semua orang inspired mak diaorang kan? aku banyak berdosa dengan mama, dia layan anak dia sebagai seorang kawan dan sebab itu juga lah dia sangat memahami setiap keinginan anak-anak dia. aku selalu pelik dengan instinct seorang mak. atau mungkin cuma mama aku je yang ada sifat ni. contohnya, bila dia tahu ape yang anak dia nak tanpa anak dia bagitau pun.

baru-baru ni aku sibuk cakap pasal ice-cream wall's sundae chocholate. aku tak nak meminta-minta sebab kalau ada duit lebih boleh la mama belikan.banyak lagi benda lain la lebih perlu untuk dibeli. suddenly hari itu kitaorang isi minyak kat petronas, dia keluar dari kedai tu bawak ice-cream. seronok tak terhingga. she really can read my mind. selalu macam tu.

aku selalu berharap dapat jadi anak yang terbaik untuk mama dan abah. cukup la kalau diaorang boleh hidup gembira. aku nak diaorang bangga punya anak-anak macam kami(3beradik aku) ni sebab kami sayang diaorang yang tak terhingga. the conclusion is, mother is a gifted person yang perlu kita hargai. mereka banyak berkorban untuk kita semata-mata untuk memberi peluang pada kita untuk melihat dunia. walau apa pun yang terjadi, mereka tetap mak kita. yang telah melahirkan kita. menjadikan kita insan di dunia ini. sekian.



*terasanya. aku banyak berdosa dengan mama dan sering kali juga buat dia terasa hati dengan sikap panas baran aku ini. biasanya bila perasaan tension menguasai aku, memang aku tak akan sedar apa yang aku buat. ini satu kata-kata peringatan untuk diri aku sendiri juga dan mungkin perlu dikongsi bersama orang lain. maaf mama. dan orang-orang yang rasa kata-kata aku melampau disini.maaf







2 comments:

Anonymous said...

Aku sgt suke gambo ko pakai bju hijau tu...
huhuhuh
;0

azwin khairuddin said...

thnx ento ;)