Oct 3, 2008

Delta year. first trimester








Gosh! It’s such a relief to finally finish the intern. But above all, I miss all the experience berada di sana for once. Oh, and I am truly, sincerely miss all the moment with the others yg buat praktikal especially the last 4 persons left with me (lisa, chidot, june and julie). ( Kak Fida, Ayu, Reen, and Fizi yg lebih awal tinggalkan kitaorang berlima je kat opis buat borang hehe). Not to be left the staffs there, boss, kak aniez, abg lan, abg shidi, abg zul, abg kheirul and kak zai. Before I forgot, abg andy yg relief ke melaka dari ASNB JB utk gantikan tempat kak aniez yg cuti maternity (betulke? ye la kot.2bulan cuti dpt baby girl lagi tu) .



Everything went well for me and Julie. Mula-mula dulu bukan maen lagi aku mengira hari nak cepat abis praktikal. Tak tau pulak akan enjoy macam ni. Nasib baek ade member sekepala. Kerja memang la lepak (penat). Daripada org yg jarang gila tidur senja, aku jadi org yg kerap sangat tidur. Pantang dapat peluang mesti tidur, nasib baek tak tidur kat office je. Sampaikan dalam kereta balek dari office pun leh tertidur-tidur. kesian julie selalu keseorangan drive (oleh kerana aku tumpang kerta dia ari-ari). Tak perlu terkejut kalau terpandang aku tidur depan tv atas sofa merah setiap kali sampai rumah. Kononnya nak tunggu ezora start. Tapi habit tu tak lama la, lebih kurang 2 bulan pertama je.

Unlike mase kat campus amik subject susah and memeningkan kepala. Sampai nanges dibuatnya dek kerana tak kental menghadapi cabaran dan dugaan study. Time praktikal tak de pulak aku nanges. Alhamdulillah. Tapi kenyataannya ada gak aku rindukan campus. Nak pergi kelas jadi pendengar setia kepada setiap inci perkataan dari lecturer ataupun kadang-kadang jadi tukang bising kat belakang.



Teringat bila yg laen dah abis praktikal, tinggal la kami berlima. Sama-sama abiskan masa dgn kerja-kerja gila yg sememangnya seronok. Even if it’s not, tetap gak akan seronok sbb dpt spent time with them. Thanks guys. Pagi-pagi kalau takde nak pergi ke sekolah atau mana-mana organization, kami minta permission dari boss nk gi breakfast. Sebelum-sebelum ni rasenya tak de pun aku nampak budak-budak nk keluar breakfast. Kiteorang ikut kepala kiteorg je. Kalau tak kasi, kiteorg tak pergi la. Tapi boss tak pernah pula tak kasi. Banyak kan yang kite buat sama-sama? Walaupun utk jangka mase beberape bulan je. Kalau kena pergi sekolah pula, kitaorg akan request nak isi tangki perut dulu. Kalau tak, memang kerja kiteorg kurang effective. Penat,haus pelbagai sakit dtg. Pengalaman breakfast dgn mereka lah yg paling diingati sampai bila-bila. Kiteorang kalau sama-sama asik gelak je. Bila tibe time puasa pula, kiteorang ade gi bazaar sama-sama. Riuh-rendah jadinya. Bak kate shida atau chidot “gegak gempita la win ni”. Mana taknya, jun tak abis-abis menyakat aku. Kata yg bukan bukan seperti “terpancut bdk tu tgk win”. Dah la jun selalu joget menggoda sambil nyanyi lagi perhaps. Sampai sekarang aku masih tergelak kecil bile teringat. Kalau lisa pula, memang la dia ni sangat-sangat toya, muka yg kurang ekspresi. dia dan jun selalu panggil aku bdk kecik. Yg buatkn aku lbh dekat gan dia sbb aku tergelak dgr ayat-ayat die dan berharap dia pun turut gelak tapi dia biasa-biase je. Makin la galak aku gelak selalunya. Nasib la tak terkeluar mata ni sebab air mata je yg keluar. Memang aku tak akan lupa segalanya. Kenangan yang indah semata. Kiteorg gi jalan sama-sama lepas waktu pejabat, tengok wayang, aerobic, buat borang, menyanyi, menari, mengumpat, banyaknya lagi. Tak tersenarai dah.




Hari last kiteorang, sedih sangat. Shida abis awal seminggu dari aku, jun and Julie. Yang paleng tak best, lisa tinggal sorang-sorang sampai akhir bulan 11 nanti. Kesian gila kat die. Mesti paling terseksa sebab die masih lagi kat office. SORANG. Sebelum abis aritu, kiteorang ada seisi first impression. Masing-masing cerite pengalaman masing-masing mase baru masuk. Semua tak sangka yang kiteorang akan rapat macam ni. Walaupun shida abes awal, tapi kerap gak dia melawat kiteorang kat opis tu. Tambahan pula mase jun ade problem n die nk confront gan boss, shida ade utk teman jun. Last-last aku,Julie gan lisa pun terlibat gak dlm perbincangan tu. Harap sangat kiteorang tak akan lost contact. Sebelum last day kiteorang tu, kiteorang keluar buka sama. Lima-lima ada. Kiteorang ni konon-konon girl power la. Banyak gambar kiteorang amik. Last day kiteorang sama tarikh gan bday lisa. Kesiannya kat die. Kiteorang siap buat biography lagi. Tinggalkan kenangan sebelum nk berpisah. Tapi kiteorang dah plan nak beraya rumah boss n staff yang laen raya nanti. Insyallah kalau xde aral, blh la jumpe n bergelak lagi gan dieorang.



Sampai sini dulu coretan pasal praktikal aku selama 4bulan di ASNB Melaka. Satu pengalaman yang tak akan aku lupakan. Banyak yang aku belajar. Terima kasih kepada semua. Salam.



p/s: sori la kalau ada ayat-ayat yang tak jelas, grammatical error ke, pokoknya yg boleh membuatkan korang tak paham.laen kali akan perbaiki.tegur lah ye kalau ade?





4 comments:

♥ jυℓєѕ said...

lagu perhaps la...bukan lagi!

hahaha...ya gonna miss those moments.

dean said...

2 org je ada cincin nih. hehe..

♥ jυℓєѕ said...
This comment has been removed by the author.
sfatimahzj said...

nak mencelah jap..hehe..
praktikal kt asnb tu tengok pointer tak??minimum berapa ea kalau ada..
thx ea..huhu