Jul 15, 2009

tension


Kali ini perbincangan akan berkisar tentang ketidak puasan hati aku sebagai seorang customer. Aku memang sediakala punyai masalah untuk berkomunikasi dengan sempurna bila tukang gunting rambut Tanya nak gunting macam mana baik tukang gunting berbangsa melayu mahupun cina. Entah la mungkin betul apa yang adik aku beritahu “alah, ko tu tiap kali gunting rambut je mesti macam ni”. Ye ke? Agaknya la kot sebab memang ade betulnya juga tu aku selalu complaint selepas menjalani hair cutting session. Tapi kat melaka ni sebenarnya ada la satu kedai ni yang sangat sangat jarang mengecewakan aku. Lagipula dia tak banyak iklan nak mempromosikan itu ini berbanding kedai lain. Adoi. Naik bernanah telinga aku ni dengar.


Aku tak puas hati selalunya sebab mereka tak dapat memenuhi permintaan aku. Lain yang aku minta lain yang dibuat. Tak pula aku salahkan mereka seratus peratus mungkin aku juga salah cakap membuatkan mereka tak paham. Pernah dulu zaman kecik-kecik (saja nak dramatic. Yang sebenarnya mase zaman aku sekolah lagi ni), kat johor lagi time ni aku mengamuk kat kedai tu. Menghempas-hempas, nangis tutup pintu dia kuat-kuat. Semua tercengang. Puncanya, aku nak dia layerkan rambut aku yang dah bertahun aku bela hamapir mencecah pinggang tu. Dek kerana agak lebat nak la aku nipiskan entah apa yang dia tak paham dia gunting lebih dari separuh sampai melepasi bahu je. Mahu tak hangin aku. Buruk pula tu. Tension. Terus tak datang lagi kedai tu.

Kali ini berbeza, aku tak mengamuk pun. Cuma sangat kecewa sebab aku sebenarnya nak dia layerkan tapi dia niiskan saja. Rambut aku jadi sikit. Pada orang lain ok je tapi aku sangat-sangat tak suka. Kenapa eh? Kenapa susah nak paham hati orang lain?


2 comments:

azri othman said...

hohho.. jgn risau win.. sebagai mana pon rambutmu di otter.. tetap kelihatan cantek denganmu! yeah! hahahah :P

azwin khairuddin said...

azri-> thanks. really need that