Aug 24, 2009
the reminder
1. date to remember. went to KL.window shopping at ikea, the curve..
2. meet granny at nilai before celebrate first day fasting at batu pahat johor.
3. when we're down to nothing god are up to something- credit to mr syafiq duckie.
happy fasting!!
Aug 19, 2009
the birthday
it's mama's birthday today. happy birthday to her. may God bless her always. and panjang umur so that i sempat la nak bagi mercedez. yeah!
she got carrot slice from secret recipe and the cake written "happy birthday mama" thanks to manto for his contribution to this so-called surprise party for beloved mama.
i wish mama will have all that she wants in her life. she deserve it.
Aug 18, 2009
such a long day
Beberapa hari lepas adalah hari yang sangat panjang untuk aku. Pernah disebut sebelum ini yang aku punyai banyak tanggungjawab lain yang terpaksa diselesaikan di hari interview aku. Aku berharap membawa pulang jawapan positif namun tidak semua yang kita inginkan dapat kita kecapi bukan? Aku kecewa? 'ya' tapi aku dah cukup bersedia aku tahu kemampuanku.
hanya 7 orang yang dipanggil interview dan aku cukup yakin di antara mereka cuma aku seorang yang masih belajar. yang lain dah grad da. kan baik kalau aku berkongsi nasib seperti mereka. pihak interviewer menjemput aku untuk di temuduga tapi pada hari temuduga ake terima penolakan kerana masih belum abis belajar. Make sense? I don’t think so. Sampai sekarang aku
Aku sedar bukan semua mimpi akan jadi kenyataan. Kenyataannya kita adalah mimpi itu. Cuma aku yang mampu mengubah keadaannya. Setelah aku berusaha dan berdoa aku yakin untuk serahkan segalanya pada takdir. Bukan semua mimpi boleh di kecapi.
Aku tahu erti kecewa dalam koteks aku sendiri. Perspective aku sendiri. Namun kecewa tak pernah mematahkan semangat aku untuk berjuang juga dengan cara aku sendiri. Mungkin sungguh berbeza dari orang lain tapi cukup untuk aku sedar yang aku perlu kuat dan tabah mengharungi segalanya kalau bukan untuk keluarga atau orang lain tapi untuk diri aku sendiri. Kalau bukan aku yang berjuang untuk diri sendiri siapa lagi?
selamat pengantin baru!
Aug 12, 2009
virus
pelbagai penyakit dah melanda negara. malah bukan sahaja menyerang negara tapi seluruh pelusuk dunia, segenap masyarakat dah pun tercemar dengan virus ni cuma kuat tak kuat je antibodi menahan wabak tu.
aku dan mama terlibat- terlibat maksud aku sebab kitaorang demam. demam aku biasanya baik dalam 2 hari tapi kali ni dekat nak seminggu. lepas tu bila demam dah kebah, saket kepala masih bersisa.kusut masai sungguh.
sudah la dengan pelbagai masalah yang meraja sejak dua menjak ni, lagi la buatkan kepala aku ni berserabut menunggu pecah. cerita punya cerita, aku dah beberapa kali terpaksa cancel dating. ada je benda yang berlaku. belajar kereta la, meeting amanah ikhtiar la, naik fed-up dah. ditambah lagi, aku mula bergaduh, bertelagah, bertengkar dengan pelbagai jenis orang. ada je masalahnya, kata orang 'lepas satu, satu datang'. benak juga kepala. tapi kan, perlu kah bertelagah?
rusuhan baru-baru ini, sedikit memberi kesan kepada aku sebab benda ni juga aku bergaduh dengan orang lain. bukan la bergaduh tapi berselisih paham- ini term yang lebih sedap untuk aku guna. aku bukan tak setuju dengan ISA dan sebagainya aku cuma tak bersetuju bila orang lain yang tak terlibat pun terkena tempiasnya. bukan mempersoalkan keadilan atau samada pihak ini salah dan pihak itu betul. tidak sama sekali. aku simpati pada mereka yang terpaksa menaggung susah. aku meletakkan diri aku ditempat mereka. cukup la setakat ini.
minggu ni lagi satu hal rasa macam takut nak menjelang minggu ni. exam aku pada isnin, dah pun aku gagahi. selasa ada pengurus nak interview pusat aku untuk amanah ikhtiar. kepala aku belum cukup serabut lagi, tiba pula hari yang paling getir di mana akan berlakunya 'interview session' untuk pertama kalinya dalam kamus hidup aku di mmu khamis ini jam 4 ptg. paling teruk bila dapat tahu aku kena 'bentang'- istilah amanah ikhtiar, pada hari yang sama pukul 2. aku dah semakin tension. cuba untuk bertenang dengan membuat air yassin untuk diri sendiri. tak lupa juga aku ada effort untuk berjumpa madam zaharah dimana atas hasil usaha sama bersama dia jua lah rasanya aku dapat interview ni. dan paling menyeronokkan lagi adalah appointment dengan madam cuma boleh berlaku pada hari khamis jam 10.30 pagi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. dan tak lupa juga aku telah pun memohon transcript aku isnin lalu dan tarikh collectnya pula pada hari khamis juga.
bayangkan la betapa getir nya hari khamis ini. tuhan je yang tahu dan dapat membantu. yang boleh aku buat sekarang, ya! berserah and take it easy. kalau dah rezeki tak kemana. parents aku yang beriya sangat nak aku kerja ni. eh, tapi aku pun sama juga. semua ini pertama kali buat aku. aku tak berani nak menaruh harapan yang tinggi, cukup sekadar mengambil ia sebagai satu pengalaman berharga dalam hidup aku. yang pertama kan selalunya yang paling sukar dilupakan.