Nov 12, 2009

journey

shasha: awak,senyum.
mocha: mcm ni? =)
shasha: bukan la. nampak gigi
mocha: mcm ni eh =D ok
shasha: angkat tangan.
mocha: ngee~
shasha: ha.. macam tu la


ni la shasha

musim hujan je sekarang ni. cuaca sejuk. panas kurang. kepala aku pun makin la berserabut. sejuk-sejuk sangat pun tak berapa elok untuk aku ni. buat pening kepala sebab menahan ngantuk. semalam berjalan ke sepang. pergi enstek rumah pakcik aku, cik cah. nak minta tolong dia recommendkan mana-mana kerja. jadi bawa resume untuk bagi dia. sekarang ni baru aku rasa macam mana susah nak cari kerja. mungkin ada orang yang murah rezeki senang je cari kerja. ni la nasib aku. aku redha dan sangat terima. aku percaya ada hikmah.

aku dah berusaha dan berdoa. selebihnya aku cuma berserah. dalam perjalanan ke sepang tu aku cakap gan mama 'sekarang ni angah rasa cuba je semua. ibaratkan macam main game kat fun fair tu yang baling gelung ke botol. kalau aku baling satu mungkin tak kena. tapi cuba aku baling banyak-banyak beribu lemon, mungkin akan sangkut satu. pun jadi lah. amin'.

dapat la jumpa anak buah aku. baru umur 3tahun tapi petahnya bercakap. siap dah reti amik gambar guna hp aku. senang diajar. bijak betul. macam orang tua.

apa-apa pun harap semuanya berjalan lancar untuk aku dan keluarga. cukup la dengan pressure yang datang dan pergi selama ini. aku dah naik fed up. tak kuasa nak layan yang mana yang tak perlu. baik aku dulukan apa yang perlu didulukan. aku nak ringankan beban keluarga. nak jalani hidup aku dengan lancar. kalau boleh tak perlu ada masalah dengan manusia lain, kawan, teman etc etc. dan buat masa ini aku tak perlukan sesiapa yang mendatangkan mudarat melainkan keluarga dan sebab itulah aku sedar yang aku belum bersedia untuk pikul tanggungjwab lain yang lebih besar selain dari sekadar anak. aku tak nak ambil risiko. dan memperjudikan hidup dan masa muda aku untuk orang yang belum tentu lagi betul-betul perlukan aku, dan belum tentu boleh menjamin hidup aku. bukan sahaja takutkan orang lain, aku sendiri takut dan xpercaya pada diri aku. entah boleh tak memikul semuanya. payah. aku tak nak menyesal di kemudian hari.

mudah-mudahan. amin. tapi tu lah. kita hanya merancang yang menentukan tu tuhan. tuhan berilah petunjuk.



3 comments:

• azra • said...

keep on trying azwin. keep on pushing. you never know what you'll get. i tau u macamana. u jarang give up and u antara orang yg i kenal yg paling pandai manage diri. jangan give up. sesekali pun. good luck!

azwin khairuddin said...

i will. thanks dear. miss you when u cakap-cakap macam ni. gudluck to us

Unknown said...

Amin...