10th April 2010, tarikh titik permulaan aku untuk kearah PTD. untuk pertama kalinya aku menduduki peperiksaan perkhidmatan awam. waktu ni peperiksaan tu untuk 4 jawatan yang aku pilih time register SPA dulu. online registration through www.spa.gov.my
antara jawatan lain yang aku pilih selain PTD ialah pegawai penerangan, penguasa immigresen dan penguasa kastam. Alhamdulillah. aku lulus kesemuanya. time peperiksaan SPA ni aku tak de la belajar sangat. tak sempat sebab tengah kerja time ni. ada juga la study buku pekeliling perkhidmatan awam, source kat internet, and etc. tapi sebenarnya tak da la membantu sangat. orang cakap study buku malaysia kita atau 1malaysia. aku tak baca, jadi tak dapat nak ulas lebih. maybe korang boleh try.
antara soalan yang aku boleh ingat...
1. pemahaman am. dia akan tanya pasal kewarganegaraan. contoh yang aku ingat dia tanya pasal jata punya slogan. (jata ke yang ade harimau dua ekor tu. ye la kot kalau tak silap) ni objective je.
2. matematik. tak da la sampai tahap SPM punya soalan. cuma masalah masa. memang tak sempat. objective juga ni. soalannya lebih kurang macam "ali tinggi daripada abu, abu tinggi dari amad. siapa paling tinggi?", kena buat persamaan liner, kira peratusan chart tukar pada 360 darjah, dan etc.
3. subjective ada dua. untuk esei bahasa melayu dan english. kata orang score betul-betul time esei english ni sebab dia tengok tang tu. aku tak pasti betul tak. aku cuba yang termampu je. lain-lain aku serah kat tuhan. ok, esei bahasa melayu time ni ada beberapa soalan tapi pilih satu untuk jawap. yang aku ingat time ni kalau tak silap aku jawap pasal facebook untuk kerajaan. kena buat ulasan. lebih kurang macam tu la. dan untuk esei english aku pilih patriotism amongst youngster. masa akan cukup kalau kita pandai bahagikan masa. aku sempat buat rangka. rangkakan point dan isi aku untuk esei ni then baru start buat tanpa menoleh. insyallah sempat. kalau tak silap kena ada 300 patah perkataan untuk esei english. tak ingat pulak exactly berapa tapi memang kena comply la patah perkataan tu.
4. personality test ada dua paper kot. yang ni soalan 200 dan 300. masa diberi cuma 40 min dan 30 min. gila betul. aku tak paham kenapa orang lain siap cepat. aku amik masa lebih. orang semua dah balik aku masih menanda. nasib baik akak yang jaga tu ok. bila aku hantar tak lorek habis aku bagitahu akak tu yang aku tak sempat aku mampu buat macam tu je. tapi dia suruh aku habiskan juga. lorek balik semua. tak boleh lorek sikit-sikit. sebab dia guna computer.takut tak detect pula nanti. 30 minit aku amik masa extra. tapi aku nekad juga habiskan semua. ingatkan dah takde harapan nak lulus sebab tak reti uruskan masa kan?mana taknya aku tak baca soalan betul-betul pun, baca sekali imbas je. then aku nya keje lorek tu je dah makan masa satu minit. soalan beratus-ratus. dah separuh tu aku tengok masa dah abis orang pun dah balik aku takut tak sempat aku lorek lah ala kadar asalkan aku dapat jawab semua. haha.
alhamdulillah. dengan izin tuhan aku dah lepasi saat getir ni. lega juga rasanya. padahal time aku keluar dewan tu aku macam tak konfiden da sebab aku banyak buang masa. sampai akak yang jaga tu kena tunggu aku siapkan kertas aku pula. nasib baik mereka baik belaka.
No comments:
Post a Comment