Dan perjalanan aku selangkah kehadapan untuk PTD bila aku terima surat keramat dari SPA untuk menjalani assessment. dikenali sebagai PAC (PTD Assessment Centre).
(suka surat tu. sebab ada tulis urusan kerajaan. rasa macam orang penting. pastu surat tu kena koyakkan belah tepi dia. best.)
(suka surat tu. sebab ada tulis urusan kerajaan. rasa macam orang penting. pastu surat tu kena koyakkan belah tepi dia. best.)
03 July 2010, PAC aku di INTAN Kluang, johor. balik kampung la apa lagi. best. aku tumpang tidur di rumah mak cik aku kat batu pahat. lebih kurang 40 min ke Kluang. awal pagi lagi dah keluar untuk sampai sana sebelum pukul 8 pagi. sebab sesi PAC ni satu hari. aku diberitahu sebelum ni sesi PAC 3 hari. tapi sejak akhir tahun 2009 SPA dah ubah jadikan sehari sahaja. macam biasa. aku mesti lambat. nasib baik sempat.
seingat aku. sampai je kena beratur untuk daftar. ukur berat dan tinggi, amik gambar, dan serahkan dokumen pada urusetia. lepastu masing-masing ada no giliran sendiri. kena tengok dapat group dengan siapa. my lucky no is 135.
masuk kelas pagi tu ada la dalam 20 orang ke belas-belas. camtu la. ada 4 soalan pilih satu untuk group dan untuk individual. individual tu kena present sorang-sorang lah.aku ingat group aku pilih apa. kitaorang pilih pasal isu nak mansuhkan UPSR dan PMR. bincang punya bincang lah. aku jadi tukang salin. dan secara tak langsung, aku yang pegang kertas untuk turn siapa pilih nak elaborate isi yang mana. then bila cukup masa dah kena tunggu turn untuk individual. cuak betul. time tu, tugasan demi tugasan diberi. suruh baca satu artikel ni untuk kita buat rumusan. individual. pegawai tu cakap ada sebab mereka buat macam ni sebab nak tengok boleh tak kami coop dengan kerja yang bertimbun-timbun nanti.
masa present individual pulak aku pilih untuk ulas soalan tentang isu pengangkutan. cakap dalam bahasa baku. jangan tersasul cakap 'ok, kitaorang, dan sebagainya'. diberi pilihan untuk duduk atau berdiri aku pilih berdiri. nasib baik. sebab setelah selesai pegawai tu cakap kalau duduk jangan silang kaki. aku pasti kalau aku duduk memang aku akan silang kaki punya lah. aku antara orang terakhir yang present individu tu. mereka cakap pegawai tu tak tanya dia cuma angguk dan tengok sahaja. tak sangka pula time aku tu, dia tanya pulak. paling tak boleh lupa pasal point aku. smart tol. aku cakap untuk elakkan kesesakan lalu lintas dan penyelesaian untuk banjir. boleh pula pegawai tu tanya yang mana satu sebab utama smart tol dibina. alamak! i don't expect him to ask. aku pun jawab. 'untuk elak kesesakan lalulintas'. dia tanya balik 'ye ke?' dan aku pun apa lagi kelentong itu ini dan tetap juga dengan jawapan aku. haha. padahal memang aku tak tahu sebenarnya. mungkin aku salah jawap tapi aku tetap dengan pendirian. aku harap aku dapat markah untuk itu. risau juga la.
lepas individu, terus kena present dalam group pula. yang bagusnya kitaorang tak discuss macam mana nak present tu. boleh tak perasaan. terus jadi kekok. masing-masing dah pegang isi masing-masing. kebetulan aku orang yang pertama kena present pembukaan sebab point aku point pertama. ingat lepas aku cakap dah boleh relaks la hehe. tapi sebaliknya yang berlaku.
tiba-tiba aku jadi macam pengerusi majlis mesyuarat la pulak. aku kena persilakan setiap orang pula. tak kesah la intro tu aku buat sendiri lepastu aku kena ulas isi aku, lepastu aku kena cakap 'dan seterusnya', 'isi yang ke dua', 'dan tentang penilaian(salah satu isi kami)'. dah la time tu semua duduk dalam bulatan. lepastu bila nak present aku bangun. tapi yang lain lepas sebut isi mereka, mereka duduk balik. aku dah tak sempat nak cakap dan betulkan. dan seterusnya lepas kawan aku buat ulasan aku juga yang kena tutup sebab dia tak cakap penutup. pelik aku. tak pasal-pasal jadi pengelola. kelakar.
sebelum bersurai untuk sesi pagi ni. sebab tengahari kami akan bertukar group pulak. tak kan sama dengan group pagi ahli-ahlinya. jadi pegawai yang in charge untuk pagi ni pun berikan nasihat dan pandangan. yang paling penting dia tegur pasal penampilan, cara berdiri, cara duduk untuk perempuan jangan silang kaki, dan dia tegur pasal presentation dalam group tu. dia pun confuse untuk beberapa detik pertama. sepatutunya, sorang present dekat board dan yang lain tambah-tambah la. mungkin pada setiap penghabisan point atau bila-bila masa perlu.
selepas diberi rehat makan tengahari, sesi petang pun bermula. untuk sesi petang pula aktiviti pertama ialah seakan debate tapi tak pandang muka. contohnya sebelah pembangkang sebelah lagi menyokong. duduk kat kerusi tapi diterbalikkan bertentangan antara dua group ni. payah juga sebenarnya. tajuk yang group kami dapat time ni pasal minyak kalau tak silap tapi disebabkan payah sangat nak suruh kami bercakap pegawai in charge tu tukar topic kepada 'seks sebagai matapelajaran baru di sekolah'. haha.
percaya lah setiap inci pergerakan dan pertuturan diambil kira. ada markah semua tu. lepas debate tu kena berkumpul dipadang pula. ini yang aku tunggu-tunggu. yang paling aku risaukan sebenarnya. kena berlari 2.2km. untuk siapa yang sampai kurang dari 10 min, dapat kad warna biru. 10-15min dapat kad warna kuning. 15-18min dapat kad warna merah. 18-25min dapat warna hijau. 25min keatas dapat warna putih. aku dapat warna merah, lebihkurang 17min untuk aku abiskan 2.2km tu. (tak ingat sangat warna-warna sebetulnya tapi lebih kurang macam ni la formatnya).
lepas penat berlari, kena berkumpul balik dalam kumpulan sesi petang. kali ni sesi english. lebih kurang macam time belajar dulu aku ade amik managerial communication. pegawai akan petik nama suruh kedepan, kita amik kertas-kertas yang dah dilipat kecik-kecik. dalam tu ade tajuk yang kena kita cakap in prompt to. tak boleh tulis apa-apa. ada group lain boleh tulis. diberi masa beberapa saat la kot utk tulis point nak cakap apa. depends dengan pegawai aku rasa ni. aku dapat tajuk 'watch'. payah juga sebenarnya padahal aku sempat discuss dengan geng-geng lagi nak buat rangka. contoh kalau apa je tajuk yang kita dapat, cuba buat '5w,1h'
what
why
who
when
where
how
sebab mostly tajuk de semua benda. paper clip la, camera la, stamp pad la. macam-macam. ingatkan kalau ada rangka ni senang sikit la kot. tapi sama juga. hehe. diberi masa 3minit untuk cakap pasal tajuk kita.
akhir sekali bersurai. sempat juga tukar-tukar no phone. mana tau boleh update apa-apa. kami tak diberitahu bila result PAC akan keluar. aku budget dalam bulan Nov. tapi tak tahu la. kena selalu check. nasib baik ada kenalan. salah sorang dari mereka juga lah yang bagitahu aku result dah keluar. bukan Nov, rupanya August dah keluar dah result.
p/s: sambung pasal interview nanti la. nak tidur dah. ngantuk.
3 comments:
PAC tu ape Win?
it's PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK assessment centre. sebenarnya it's an assessment utk PTD ni la. ade byk activity yg de buat utk observe kita
hye there...wanna ask u brp lame nak tunggu result PAC tu ekk??
Post a Comment