Mar 10, 2009

life's rock!


"eh. bengang je gan teacher tu kan? what did she asked you earlier?" Christ sibuk tanya aku sebab dia kena marah dengan cikgu English kerana dia selalu tak datang sekolah, sama lah dengan aku. 'teacher' adalah panggilan untuk cikgu English kami, wanita berbangsa India yang dah menjangkau usia 5o lebih.

sebenarnya ni kali pertama dia bual dengan aku tapi aku layan kan saja la. mungkin dia tanya aku sebab aku pun kena marah juga sebelum dia tadi. 'teacher' ugut nak minta nombor telefon mama atau abah kononnya nak gertak supaya aku mengaku yang aku ponteng sekolah dan melepak tempat lain. padahal, memang aku ada rumah dan mama abah pun sedia maklum aku tak datang sekolah sebab malas. aku baru beberapa bulan pindah sekolah tu. mereka paham aku masih tak dapat sesuaikan diri dengan suasana baru dan masih rindukan tempat lama. tapi 'teacher' aku tak kan paham kot.

"entah la." balas aku tersenyum,
hampir tak menjawab soalan tadi gara-gara cuba mengawal perasaan tertanya-tanya dan terkejut.

mungkin muka aku ada menunjukkan riak terkejut sebab pertama kali dia tegur aku. entah dia perasan ke tak, tak tau la. selama ni aku cuma dengar dari mulut classmate je. cerita pasal dia pun budak baru tapi masuk sekolah tu tahun lepas.

"dia macam melayu tapi sebenarnya bukan islam" teringat kata-kata rakan sekelas pasal Christ. rupanya Christ kacukan India dan Cina. memang la serupa Melayu.

sebelum aku sambung lagi ayat seterusnya, aku cuba menulis sesuatu atas kertas soalan SPM yang Rozie bagi sekejap tadi. "Ariana Razman" agak besar tulisan aku di situ. tak kesah la, janji nanti tak tertukar dengan kertas orang lain dan sebenarnya supaya aku ingat untuk bawa balik kertas soalan tu nanti.

"alah, dia cuma nak tau kenapa tak datang. buat malu aku je kena marah depan kelas. siap minta nombor parents aku sebab dia nak mengadu aku lepak Mahkota" sambungku. masa ni kami berdua ketawa. kelakar jawapan aku ni agaknya untuk dia. memang kelakar untuk aku sebab aku tak reti nak ke Mahkota sendiri kalau tak mama yang bawa ke sana. belum sempat dia buka mulut, aku dah mula sambung ayat aku tadi.

"semalam dia panggil adik ko naik kelas. kesian dia, kena soal siasat. i bet he really felt embarrass that time. why don't you come?" panjang lebar. mesti dia kata aku banyak cakap ni. lantak lah.

aku jarang borak dengan lelaki dalam kelas ni sebab pada mereka perempuan dengan lelaki tak bergaul sangat kecuali kalau kau makwe dia. aku pun tak paham. selama ni, aku tak pernah pula terfikir sekolah baru aku akan jadi macam ni. agak sukar untuk aku sesuaikan diri. kalau kat tempat lama, kitaorang selamba je. dah biasa kalau borak-borak dengan lelaki. banyak benda boleh discuss. study pun campur lelaki dan perempuan gi library. jadi, to fit in aku banyak mendiamkan diri dan buat hal aku sendiri daripada nak sibuk hal diaorang. malas. sebab tu aku jarang datang sekolah. bosan lah. it is not as interesting as my former school was. ya, it kinda change me, my perception on school, and how to socialize with friends.


p/s: mungkin akan bersambung. tapi rasa macam untuk bacaan sendiri dan kepuasan diri sendiri je ni.haha. apa-apa la win, asalkan ko bahagia sudah la kan? gudnite. esok meeting and presentation. Gudluck though!


VISIT THE OTHER BLOG OF MINE, ONLY IF YOU FEEL LIKE READING THE CONTINUOUS OF THE STORY. I'M TRYING TO ACCOMPLISH MY WISH TO WRITE A STORY. THIS MEAN A LOT TO ME. WILL PROBABLY CONSIDER ANY COMMENT FROM ANYONE. THIS WILL BE ONE OF MY ATTEMPT TO TRY OUT MY ABILITY. SORRY FOR ANY OFFENSES. REMINDED HERE THAT THE STORY DOESN'T RELATE WITH ANYONE OR ANYTHING IN ANY SITUATION. THIS IS JUST A STORY THAT I CREATED. THAT'S ALL. THANK YOU.


3 comments:

Ain said...

u just like me..ble pindah jhr dari sepang..

sangat susah nk sesuaikan diri

azwin khairuddin said...

hehe. obvious sgt eh mcm i'm the one who's in the story? gosh! sebenarnye ni nak create another story. tak de kena ngena with anyone. haha. azwin azwin. well, thanx inn for reading this

Anonymous said...

macam novel ahadiat akasha la..huhuh