Sep 19, 2010

al-kisah PTD (interview PTD)


venue: Equatorial Hotel Aras 2, Bandar Hilir, Melaka.
time: 08:00 a.m.
date: 03/09/2010 (Friday)


hari yang paling aku takuti, paling aku nanti, dan paling paling paling. ini antara penentuan kisah aku dengan PTD. kalau satu kantoi nampak gayanya kena lah aku patah balik semua step from zero. from aku register spa online.

TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!

tak dapat aku bayangkan. kalau dah sampai tahap interview aku screwed up. perasaan ni memang pelbagai. bagai nak runtuh jantung aku kalau pikir aku kantoi salah satu peringkat nak ke arah PTD ni. ke arah mencapai matlamat aku. untuk berbakti kepada negara dan bangsa. cewah.

masa nak tengok result lulus ke tak PAC aritu. kalah perasaan takut nak tengok result final sem final year iaitu penentuan samada kita dapat grad atau tak. serius woo. mamandangkan cek result utk university aku dulu online and cek spa result ni pun secara online beb. nasib internet tak de la slow mana. berderau darah. aku gan mama tengok sama-sama result tu. tunggu penuh sabar depan laptop tunggu de loading lepas aku key in ic no aku.

LULUS.... terpapar kat screen. menjerit dua beranak. gila. sakit peha aku kena pukul dek kerana happy sangat. tak sangka la tu konon aku lulus.

tak tahu la macam mana berdebarnya hati aku nanti bila nak cek result utk interview yang bakal keluar awal november nanti. tapi yang penting, aku percaya kalau dah rezeki nak dapat jadi ptd tu dapat juga. kalau tak, means macam mana aku struggle pun kalau da tak derezekinya tak de la.

ok balik pada cerite interview. soalannya depends daripada jawapan yang korang jawap untuk
setiap soalan-soalan yang di ajukan watu tu.

contoh mase aku di interview, soalannya berbunyi begini (antara yang aku boleh ingat) :

1. bagitahu quality yang ada pada awak. in other words 'promote yourself'
- depends. nak jawap in english atau campur with malay. tapi aku time ni jawap rojak jek.

2. apa itu ptd. yang awak paham.
- ada 8 teras bidang in ptd. memorise it. senang sikit untuk kite tambah jawapan kita. kalau tak blank memang habis la.

3. dalam 8 bidang tu mana yang awak minat?
- ini pun depends. tapi aku pilih pembangunan sosial.

4. dalam pembangunan sosial ada banyak cabang. ada penerangan, pengangkutan, dll. awak minat nak masuk mana? (lebih kurang macam ni la soalannya tapi interviewer ni cakap lebih proper la. setiap soalan yang bakal diajukan berbeza dengan orang lain contoh kalau korang pilih bidang teras yang lain, soalan seterusnya mungkin lain la)
- aku pilih penerangan.

ok. ini antara soalan yang lebih kurang berkaitan la. yang lain-lain tu semua dah masuk soalan tersendiri. terpulang pada soalan dan jawapan yang di beri oleh kedua pihak. kita nak masuk bidang ni kena la tahu sikit sebanyak pasal ptd. aku pun bukan terer cuma kat sini saja nak share pengalaman. aku pun belum tentu lagi dapat ke tak. keputusan keluar nov 1st. doakan ye?

after about an hour in the interview room, we finally come to an end. macam tak sangka hari yang aku takutkan tu bakal berakhir saat tu. sebelum aku melangkah keluar pintu sempat interviewer tu pesan 'semoga berjaya berkorban untuk negara'.

tak paham dengan maksud dr khalid tu (interviewer). tapi aku sempat berterima kasih. aku dah cuba buat yang terbaik selebihnya serah kat tuhan. aku yang selama ni susah nak datang awal untuk interview, boleh pulak datang awal 40 minit pada hari tu. 7.20 a.m. dah sampai. dapat la jadi orang pertama masuk interview tu. ada 8 orang kesemua yang sama hari interview gan aku masa ni.

macam banyak gila benda nak cerite pasal ptd ni. tak habis-habis rasanya. aku ada uploaad sekali gambar pakaian yang aku pakai time interview aritu. base on my research ramai orang suruh pakai blazer, kalau perempuan jangan pakai seluar and so on and so forth. there's no harm pun nak ikut. so, aku wat keputusan untuk ikut je advice dari semua. yang mana elok kita turutkan, yang tak elok, kita jadikan tauladan la.

i believe this pretty sum up everything and cover the information needed. aku time nak duduk exam ke, pac ke, interview ke semua cari kat internet and i believe ramai orang pun sibuk nak cari maklumat tentang ptd ni. banyak juga yang kita boleh dapat dari internet. tapi jangan lupa juga baca buku-buku yang disyorkan.

good luck!

-the end-





3 comments:

sani said...

InsyAllah
doa n tawakal la kite huhu

azwin khairuddin said...

amin. thank you

Seksyen Pengurusan Tanah (INSTUN) said...

insya'allah semoga bjaya.harap sy pn bjaya jgak..Amin.bila ye result kuar?