Zara Idzuin binti Rudy Idzuan
born in September 13th 2012, 9:19am
normal delivery
weight of 2.55kg
48cm body lenght
120912
11:30pm - lebih kurang waktu mcm ni kedai mama dah nak tutup,memang aku hari2 rutin dtg kedai duduk,mkn n tlg apa yg patut.dulu msebujang pun mg aku la yg buat air kat kedai.tetibe rase mcm ade lendir keluar ak pegi cek ditemani mama,rupenya da ade tanda kecoklatan.tapi aku fikir maybe lama lagi la sebab aku punya cousin ade yg da keluar tanda darah lagi tapi belum pun bersalin.so, aku buat xtau je la. Malam tu balik rumah aku tido pakai pad.
130912
4:00am - baru dua jam aku tido dah tersedar sebab rasa mcm nak ke tandas.mama teman n tgk ade tanda coklat tu lagi.kemudian bile nak tido semula terasa mcm sakit perut permulaan sengugut.tak lama lepas tu aku rase makin sakit.sakit yg teramat.aku cakap mama tunggu esok pagi jam 8 klinik buka nak pergi cek.kebetulan pula esok ade appointment juga dgn klinik desa.
5:00am - aku mengalah. Dah sejam aku tahan sakit makin menjadi rasanya.semakin kerap sakit tu datang.sampai aku mengeluh ngeluh. 'sakit ma.aduh sakit ma.' dah meracau racau.mama suruh aku istifar byk drpd meracau.aku terus nak bertolak ke mahkota medical centre (mmc).mase ni aku da cuba call husband beberapa kali tapi tak berjawab sebab dia masih tido rasanya.aku nak suruh dia awalkan ticket yang de dah beli untuk esok hari sebab cuti panjang kan memang da plan de nk balik.cuti hari malaysia. 5:30am - dah sempat sampai mmc yg terletak kat bandar melaka.nasib baik pagi kalau waktu office hour mesti jamm.Allah permudahkan. Alhamdulillah.mama tolong registerkan untuk aku walaupun masih belum dpt contact husband.nasib dia tinggalkan credit card utk kami register.aku dah nekad kalau mmc tak terima aku terpaksa terus ke hospital besar melaka pula.nasib baik semuanya dipermudahkan juga.aku dibawa terus ke wad.mase ni aku sedang bertarung nyawa mengerang kesakitan yang amat sgt smpai tak mampu nak luah dek kata kata.aku hanya mampu byk berdoa dan berzikir dlm hati. Nurse amik berat sebelum ak baring di katil, berat 52kg.
6:00am - nurse dtg untuk pasangkan alat at perut untuk cek jantung baby dan sekali gus cek bukaan.baru 2cm.nurse ckp dkt mama maybe husband sempat smpai sebelum aku bersalin sebab anak first lambat biasanya.1cm sejam utk bukak.maybe dlm ptg nanti baru bersalin.nurse tak kasi minum air selusuh,air zamzam atau apa pun selagi belum 10cm sb nanti sakit lg teruk.mase ni husband pun da bgn dari tido n dah return call balik tapi aku tak mampu nak ckp sebab sakit contraction dtg sentiasa hanya berhenti 3minit sahaja.aku kena tunggu doctor pula dtg cek bukaan lg dlm jam 8 pagi sebab doc akan operate patient pagi tu biasanya.husband cuma cakap sabar banyak banyak dia dah on the way.aku dah tak mampu berfikir dah.
7:30am - sepanjang mase tunggu doctor dtg buat visit, aku sakit contraction sampai mengigil2 pegang bantal.bertukar-tukar posisi sampai beberapa kali juga ditegur nurse sebab jantung baby tak berapa elok maybe dia terbelit tali pusat.aku amalkan zikir yang toksu beri 'uizuhu wahidu sumadu yusra'.mase doctor liu datang utk cek de tengok aku macam sakit sgn meringkuk sampai.he doubt my ability to deliver normal sebab bukaan baru 2cm mcm mana aku nak bertahan smpai 10cm? So dia cek dulu bukaan and it's already 8cm. Dlm mase tak sampai 2jam bukaan aku dah buka byk memang tak percaya.doc liu kata "patutlah dia sakit sangat.labor room now"
8:00am - nurse dtg dgn wheelchair utk bwk aku ke labor room.sebelum tu aku dah diberi ubat cucuk bontot 2 lepas masuk je ubat tu aku terus bersihkan isi perut.waktu ni doctor semua dah uruskan patient yang bersalin operate.deorangda ade appointment. Aku ni kire case mengejut.kalau doc liu xsempat kena doc vincent yg sambutkan baby aku.dr liu operateorg bersalin kembar i think he's not gonna make it sebab aku da xtahan sakit sgt.mase ditolak ke labor room aku minta nurse bagi mama masuk tp xtau kenapa sampai kesudah mama tak masuk-masuk.aku sorang.tapi biarlah waktu tu dahtak mampu pikir.nurse tanya suami mana aku hanya mampu cakap husband baru nak naik flight.i know deep down he's not gonna make it tp aku masih berharap.de ckp de nak masuk labor room sama dgn aku.tapi tuhandah aturkan.aku terpaksa redha. Masuk labor room je stafnurse cek bukaan lagi.pastu terus call doc tanya doc mana yg dah nak siap doc liu or vincent.so doc da diberitahu ade patient tunggu deorg akan terus turun right after theoperation.
8:40am - aku tanya nurse jam pukul berapa sebab aku dah tak tahan nak kencing.tapi stafnurse tak kasi aku kencing sebab de rase nanti anak aku terkeluar sb mase masuk je labor room memang aku da ready bila-bila mase je.bukaan da 10cm.aku masih berselirat dgn tali di perut.sekejap-sekejap kena tukar posisi sebab jantung zara tak berapa kuat takut lemas.nurse pasang air kat tangan then aku diajar cara bernafas yg betul mase contraction.it works.tapi aku masih tak henti baca zikir dan selawat.sakitnya sampai bengkok badan aku menahan sakit sebab aku dah rasa zara akan keluar kepala die da betul-betul berada di bawah n kakinya kat atas.mase ni aku terdengar stafnurse call bilik operation doc vincent tgh finishing maybe tgh jahit kot.
8:50am - aku tanya lagi jam pukul berapa.doctor utk baby dah sampai.doc karen perempuan cina.tinggal tunggu doc vincent sebab stafnurse call de da on handset.tapi masih takangkat phone.so stafnurse tu assume doc da on the way terus ke labor room.dia da siap-siap pakai baju mcm rain coat tu.yg lain pun sama.kemudian nurse sorang tu inject kat peha kiri dia kata utk kuman ke apa mcm tu la.aku pun dah pasrah time tu org nak buat apa buat la.aku ikut dan dgr je.asalkan selamat.kemudian stafnurse terus pecahkan ketuban.sebelum ni de tak nak pecahkan ketuban sebab takut zara terus meluncur keluar.
3minit selepas tu doc vincent masuk labor room.akhirnya.... Lega aku rasa.kemudian dgr deorg ckp breech la tak boleh la apa la.aku mase tu da strt mengerang tak tahu mcmmana nak teran sebenarnya.tapi kemudian dgr doc vincent kata chin up.boleh normal.she can push.terus nurse and stafnurse bg galakkan utk push.aku tak tahu macam mana aku boleh senang terima dan paham masa nurse cakap push,aku terus push kemudian terasa macam nak tarik/lepas nafas tapi nurse terus jerit 'lagi.panjang-panjang.' apa yg panjang pun aku tak tahu tapi aku terus teran lama-lama.Alhamdulillah sekali push zara pun keluar jam 9;19am.terus terkeluar 'Allahuakbar' then nurse senyum cakap Alhamdulillah. Kemudian dgr suara zara nangis.masetu dah tak fikir apa lega teramat kalau tak maybekena operate nasib baik zara kecik 2.55kg sahaja.memang rare case.maybe sebab tali pusat terbelit jadi zara da mengeliat mase contraction tu sampai muka dia yang keluar dulu.
Doc karen terus sambut zara.aku tengok dia jolok hidungdan mulut zara.kesiannya.kalaulah papa dia ade sekali menyaksikan.kesian husband tak sempat sampai.mungkin ade hikmahnya tu.kemudian terdengar bunyi air turun mase doc tekan-tekan perut untuk keluarkan uri.terasa mcm keluar baby gak besarnya tu hehe.tapi dah xkesah org nak buat apa da.kemudian doc karen bawak zara sebelah aku untuk aku cium and de tunjuk alat kelamin zara. Doc vincent da mula start nak menjahit sebelum tu dia minta permission inject bius sikit di bahagian nak jahit tu.so total 2x injection la.tak sempat pun nurse nak tanya epidurak ke apa ke aku punmemang tak nak request kalau boleh.mula tak terasa sangat tapi bila zara keluar dari labor room tu je bau terasa mcm ngilu sikit la ditarik2 kat kawasan tu kan.bila masa doc gunting tu pun aku tak perasan sebenarnya maybe mase aku tgh sibuk fikir mcm mana nak push tu doc da gunting.tak da class apa pun utk tau careteran tu cuma orang kata jgn angkat bontot n tekan leher.aku memang tak angkat bontot sebab katil dia khas ade penahan kaki jadi kaki memang terletak cantik n tangan aku paut tepi katil.memang automatik bontot tertekan ke bawah.leher tu aku tak sure katanya takut berbekas kalau teran kebawah kena angkat tapi aku tak reti la.maybe aku da siap-siap angkat kepala nurse pun xde suruh angkat kepala.
Sambil doctor jahit sambil kami berbual rupenya doc vincent jiran setaman dgn mama.then nurse tanya aku sakit ke doc jahit tu.aku ckp sakit contraction tadi lg sakit.so nurse tu ckp kat doc de salute la aku patient yg tahan betul sakit tu xkeluar suara terjerit-jerit ke apa kalah org lain yg lebih besar n berumur dr aku.tak padan kecik.aku just senyum n ckp nurse juga yg ajar suruh selawat lgpun time selawat dlm hati n bernafas dgn betul ssh la nak keluarkan suara n berckp byk2.aku tanya doc jahit banyak ke.5jahitan sebab zara face presentation tapi daripada czer doc kata lebih baik awak normal jahit sikit je. doc kata dia guna benang yg akan meresap kat daging so tak payah risau jahitan nk bukak ke apa.lepas jahit tu doc minta kebenaran nak seluk keluarkan darah beku lagi, de cakap akan sakit sikit tapi ok ok la aku rasa tu.
Keluar dari labor room husband da atas flight phone da off.tapi lepas de turun kat kk rsenya sb flight de labuan-kk-kl.aku pun xsempat tanya byk de ade kesempatan je de terus call.dalam jam 3ptg baru husband sampai mmc n bawak baby ke katil aku.husband qamatkan anak,dia nak tanamkan uri mama kate beberapa kali pesan mama abah jgn tanam de nak tanam sendiri.kalau boleh memang semua dia nak buatkan.tapi apapun semuanya dengan izin Allah.malam tu husband yang teman kat hospital sebab discharge esok tghari.semua org pelik tengok aku bertenaga je smpai ade nurse muda tu tanya, "tak sakit eh kak bersalin?tengok akak ni mcm baru lepas lumba lari je mcm biasa je." ye ke? Tapi aku ckp kat de sakit tu memang sakit la.tapi tak tahu apesal mata tak nak lelap tak rasenak tido pun walhal malam sebelum tu aku tido 2jam je.orang pun tak putus call.Alhamdulillah syukur semuanya selamat.
hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan melahirkan hamba Allah ke dunia ni.betapa besarnya pengorbanan seorang ibu ni.sebak bila terfikir.masa tu rasa sayang sangat dekat mama.mama kata aku at least senang juga bersalin sakit tak lama.masa dia macam-macam dugaan.itu pun aku rasa serik and trauma juga sebenarnya tak dapat dibayangkan kalau yang lagi sakit dari aku yang kena tahan sakit lebih lama dari aku.bahagian masing-masing kan?aku selalu fikir macam tu.tuhan tu kan maha adil. maybe yang sakit kena tahan wad berhari-hari tu husband dia ade sekali.mcm kes aku pula husband jauh tak sempat nak ada sama sebab tu tuhan permudahkan perjalanannya.apapun aku bersyukur dan redha.semoga kami dirahmati dan diberkati sentiasa. amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment