seperti mommies yang lain selepas bersalinkan anak kita yang comel tentula kita akan melalui fasa yang dikenali sebagai berpantang. aku pantang di melaka rumah parents kat melaka. seawal 29th week of pregnancy aku dah balik semenanjung. sempat la puasa, raya semua kat sana.tinggal la husband sengsorang kat labuan.
ok. nak share sikit la pengalaman pantang. mostly nak share dos and donts yang aku kena buat al kisahnya.
aku memang memilih untuk dijaga mama sendiri senang kan nak reques apa lagipun lebih selesa. tapi seminggu juga berpantangg di rumah mertua di kl.
antara yang paling terkenal dan rasanya semua orang pun tahu bentan adalah yang paling dielakkan semasa berpantang ni kan.antara sebab bentan ada 2 sahaja setakat yang dibertahu orang tua-tua la.
1. jaga ibujari kaki.jangan tersadung or terlanggar apa-apa.
2. jangan silap makan benda sejuk,berduri,berbisa,or melingkar/menjalar.
menu harian aku selalunya;
sementara jahitan belum baik aku jaga sikit tak makan ayam or yang mungkin akan menyebabkan gatal. Alhamdulillah jahitan aku baik selepas 8 hari dah cantum.
ikan tenggiri atau ikan selar kuning masak singgang atau digoreng kering.sekali sekala aku makan juga ikan kering.pernah sekali makan ikan cencaru ada orang kata ikan caru ni tak boleh makan masa dalam pantang, tapi aku makan ok jek.ikan senangin pun orang kata tak tak boleh nanti angin Alhamdulillah ok juga aku makan.
minuman aku hari-hari milo panas je la. duk tengok adik aku minum milo ais feveret pun aku duk teguk milo panas bayangkan konon minum milo ais. haha. boleh kan?
air halia o. mula tu payah juga nak minum tapi bila dah kena sekali terus jatuh cinta. sedap juga halia o ni.sebelum ni kalau nak minum halia bukan main payah lagi biar aku sakit perut berangin-angin dari duk kena minum air halia. mama bg seratus ringgit pun aku memang tak nak minum la.lepas bersalin ni minat pula.
susu enfamama and air masak pun aku minum. air masak memang kena minum banyak-banyak terutama mase menyusukan baby kita memang la jadi kerap haus dan cepat lapar. aku makan sehari berkali-kali sampai mama duk tanya sedara aku boleh ke orang dlm pantang makan banyak. dia takut aku bentan.
biskut kering memang santapan aku setiap pagi dan jadi kudapan setiap kali terasa lapar.
air kopi ke teh memang tak berani try.ade sekali minum kopi, zara tak tido malam pastu hyperactive gila.aku yang gelabah terus serik tak nak minum lagi.konon nak kelainan sikit la tapi lain lak jadinya.
ayam dan daging aku start makan lepas jahitan baik dlm hari ke 8 dan keatas.mase tu rase heaven sikit la kalau tak hari-hari duk mkan ikan je. ayam goreng kunyit la jadi feveret mama masakkan letak sawi.memang sedap. sup ayam atau daging pun aku makan.pizza pun aku bedal juga.tp sekali je la yg papperoni tu semua daging je tapi kalau pizza hut punya chicken soup cecah garlic bread memang aku punya favorite.dkt rumah in law pun in law ada bagi makan ayam kfc. hehe
seafood selain ikan mcm udang,ketam,sotong memang aku tak berani makan.
sayur pun yang aku makan sawi sahaja.takde sayur lain.sesungguhnya aku memang sangat takut kalau bentan sampai mama cakap aku yg lelebih pantang dari dia. haha.dia kata suruh buat biasa je jgn pikir-pikir n takut-takut sgt.
aku pakai set bersalin orang kampung hari-hari kena makan jelly gamat de.Alhamdulillah cepat baik luka aku. ada juga kawan aku subba bagi pati ikan haruan 6 botoll dalam tu 6 hari aku makan habis.kat tempat luka mula sapu ubat kuning kemudian sapu gel antibiotik doc kasi.memang cpt je kering parut pun mcm xde.bekas pun.aku memang jenis tengok luka tu sebab nak tahu mcm mana besar luka kalau tak aku jadi risau lebih-lebih sebab pikirkan luka tu besar la itu la ini la.padahal sikit je.ubat pakai sendiri tengok guna cermin.
antara air-air yang dibenci para mommies ubat periuk dan air kunyit.dua-dua aku dah merasa. ubat periuk set orang kampung tu sedap.sebab ada juga jenis ubat periuk yang pakai akar atau herba yang berbeza-beza.so ada yang xsedap bau n rasanya.air kunyit sempat minum sekali katanya bagus untuk baikkn luka dalam n kecutkan rahim.sepatutnya 3kali kena minum waktu pagi.
dalam kebanyakkan makanan yang mama masak memang mama banyak campur bawang putih,halia dan lada hitam supaya buang angin.memang aku dan zara kuat kentut masa dalam hari. bagusla kan sehat.
lepas bab menu mkn dan minum, beralih pula dkt berurut. korang semua urut berapa kali? haha aku punya cerita kelakar. plan nak 3hari je. tapi penyudahnya disebabkan perkara-perkara yang banyak tak dapat dielakkan. aku berurut sampai 12 hari selama dlm pntang dan dengan 5 tukang urut yang berbeza-beza. tapi paling puas hati mase urut penutup walid jadah ke balikjadah ntah ikut style jawa keturunan aku maknanya pulih seperti sediakala la.dgn zara zara kena urut juga.
mandian pula macam mana? aku memang manja sikit sampai darah nifas abis dalam hari ke 35 memang mama yang mandikan kecuali kalau mama sibuk atau tak sempt je. cuma memang jarang sekali,mama selalu ada siap tolong jiruskn lagi. ok mandi air daun-daun kan?kat laman rumah ada tanam daun pandan gan limau purut je. so pkai 2 daun tu shj.memang segar.air mandian tu suam-suam.tapi bila dah nak hujung-hujung tu aku mandi sendiri n kurangkan sikit suam tu biar sejuk sikit supaya lepas pantang nanti badan tak terkejut nak mandi air sejuk.oh ya, tapi masa pantang rumah mertua aku mandi sendiri je. mandi air suam biasa minta husband tolong jerangkan air and campurkan air dlm besen sebab aku takut nak angkat or buat keje berat-berat.
berbengkung memang aku amalkan dari awal sampai habis pantang.bengkung set orang kmpung memang puas hati.dia ada param dia tapi aku tak guna aku gunal gel dola cantik je.Alhamdulillah mujarab juga.
pilis pun ada dalam set bersalin orang kampung tu. memang aku guna kebanyakan hari tapi kadang skip juga.
stoking memang pakai selalu.seluar aku pakai da 2 hari terakhir sebelum tu memang pakai kain batik la manjang.sweater awal-awal rajin pakai makin lama makin malas sebab badan panas sangat.
bertungku pun aku amalkan juga.
Alhamdulillah selsai juga 40hari pantang dengan jayanya.berat masa nak bersalin 52kg lepas dah bersalin berat turun 40kg sekarang ni.
No comments:
Post a Comment